Wednesday, April 13, 2011

Nak Kekalkan Cinta Jarak Jauh X?

Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
                                                      Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.


Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.




Kenapa Hubungan Tak Boleh Bertahan

Menipu
Menipu adalah "pembunuh" utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk "menyelamatkan" sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

Harapan / Kebebasan
Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan
Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

Mengungkit Hal Yang Lalu
Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.
Berbeza Pendapat
Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

Status Yang Tinggi
Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka

Hal-hal Yang Menyakitkan Hati
Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

Kehidupan Yang Sangat Mendesak
Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

Kawan-kawan dan Keluarga
Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.

How To Foget Him

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.
Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.
Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Tips Mengesan Kekasih Yang Curang

Kita selalunya mengandaikan kekasih yang kita cintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah
anda sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik dari yang sedia ada?Orang yang paling rapat dengan diri kita pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100%. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati, tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura? Oleh itu, adalah disyorkan untuk mengetahui petanda awal mengesan kecurangan pasangan. Pasangan anda berkemungkinan curang apabila situasi ini pernah atau sering berlaku:
1-Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda. Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama.Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sikit’. Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kemungkinan si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan spare part!
 
2-Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika berdating dengan anda.Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya..sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa nak demam! Sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan tanda- tanda langsung untuk jatuh sakit! Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh- sungguh dan ingin pulang sendirian. Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri dari anda dan bersama kekasih lain.

3-Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama. Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar samada menonton wayang , makan-makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan seribu alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu oleh anda dalam keadaan terpaksa. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

4-Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda.Si dia berubah sikap dari seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai. Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda.Paling teruk sekali, jika si dia sudah tidak segan-silu menengking anda atau memaki hamun anda disebabkan perkara2 yang kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan. Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita

5-Tidak membenarkan anda memegang atau membelek telefon bimbitnya.Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya. Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya samada SMS, nama pemanggil, simpanan nombor telefon dan sebagainya. Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda.Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut mencurigainya kerana kemungkinan dia menyimpan nombor telefon atau SMS teman wanita lain. Dia tidak mahu anda melihat kandungan telefon bimbitnya kerana takut rahsia kecurangannya terbongkar.

6-Tidak lagi rajin menelefon anda Di awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Si dia sentiasa mengambil berat dan menelefon anda walau untuk bertanya sudah makan atau belum. Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk. Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

7-Berubah sikap dengan ketara Jika dulu dia romantik bersama anda, sekarang dia hambar. Jika dulu dia ceria, sekarang dia membosankan.Jika dulu dia sering menghantar kad dan bunga, sekarang dia tidak lagi berbuat begitu. Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda, sekarang dia lebih banyak membisu.Malah dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan hanya melayan anda seolah-olah teman biasa.Dia tidak lagi mengambil berat mengenai anda dan sering termenung jauh. Perubahan sikapnya yang ketara adalah petanda kemungkinan dia sudah ada teman baru dan tidak lagi berminat dengan anda. Anda patut menyuruhnya berterus-terang supaya diri anda tidak akan dipermain-mainkan!

8-Asyik lewat ketika temujanji Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suatu tempat tetapi setelah berjam-jam menunggu, barulah nampak bayangannya. Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti traffic jam, masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa!Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu terlewat, pasti anda meradang! Anda juga mungkin boleh bertoleransi jika si dia terlewat seminit dua atau setengah jam, tapi jika asyik berjam-jam menunggu atau tak muncul langsung, pasti ada sebab yang lebih logik dari traffic jam! Anda perlu menyiasat kerana kemungkinan si dia telah membuat lebih dari satu temujanji dalam satu hari. Dan temujanji itu tak mustahil dengan wanita lain!

9-Menerima panggilan telefon secara rahsia Sedang makan-makan bersama kekasih anda, dia menerima panggilan telefon atau SMS. Jika biasanya dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda, kini dia menyorok-nyorok ketika menjawab panggilan.Jika sedang duduk, dia akan bangun dan melarikan diri ke tandas atau ke tempat tersorok dan berbual-bual di telefon dengan nada perlahan atau berbisik. Jika menerima SMS, dia akan membacanya dan memadamkan secepat yang mungkin kerana bimbang dibaca oleh anda. Bunyi telefon membuatnya gelisah ketika bersama anda. Kelakuan sebegini menunjukkan dia sedang menyembunyikan sesuatu dari anda dan tidak hairan jika dia berlaku curang terhadap anda!

10-Mematikan telefon bimbit ketika bersama anda Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu dia tidak begitu. Apabila anda bertanya, dia akan menjawab kononnya tidak mahu mengganggu masanya bersama anda. Alasan sebegini mungkin diterima sekiranya anda bersamanya ketika di panggung wayang atau menikmati hari istimewa seperti Valentine, tetapi jika setiap kali keluar dia mematikan telefon bimbit, sudah tentu dia takut ada orang tertentu membuat panggilan ketika bersama anda!Ini mungkin salah satu petanda si dia berlaku curang atau menyimpan banyak pasangan!

11-Telefon bimbitnya asyik engaged,tidak berjawab atau terus mati Ketika anda cuba menghubunginya,handsetnya sering mati..Jika tidak mati,taliannya asyik busy,tidak berjawab atau engaged hingga kadangkala berjam-jam. Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menelefonnya, telefon bimbitnya seolah tidak berfungsi. Jika anda dail telefon rumahnya, pasti jawapannya dia sudah keluar atau tidak diangkat langsung.Tak guna ada telefon bimbit jika tidak boleh dihubungi. Oleh itu, anda perlu melakukan sesuatu supaya situasi sebegini tidak berlaku kerana ia adalah salah satu petanda si dia berkelakuan curang.Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain!

12-Kerap memberi alasan sibuk dan penat Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya di hujung minggu tetapi si dia memberikan alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda.Si dia juga sanggup membatalkan temujanji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial tanpa aktiviti menarik di hujung minggu.Anda cuba memahami tetapi jika si dia asyik sibuk dan penat, tentu hilang kesabarannya.Sekiranya kerjaya si dia sememangnya menuntut pengorbanan waktu,mungkin anda dapat memahami.Tetapi jika anda tahu bahawa si dia sebenarnya mempunyai banyak waktu sudah pasti anda berhak berasa curiga.Anda perlu menyiasat samada si dia benar-benar sibuk. Mungkin si dia hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan lain yang penting dari anda! Lebih baik anda mengangkat kaki daripada terus dibohongi kerana kecurangannya!

13-Sering tersasul menyebut nama wanita lain Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya di telefon, dia memanggil anda dengan nama wanita lain. Apabila tersedar, dia cepat2 mengubah topik perbualan. Jika sedang berdating, dia tersasul memanggil anda dengan nama yang lain.Jika anda bertanya, dia akan mendakwa tersilap sebut kerana nama itu adalah nama adiknya, emak saudaranya, pembantunya dan apa saja yang dapat menyelamatkan keadaannya. Apabila anda mendail telefon bimbitnya dari telefon awam, dia teragak-agak seolah-olah tidak pasti siapa yang memanggilnya. Begitu juga sekiranya anda menelefon rumahnya (nombor telefon anda tidak tertera), dia seboleh-bolehnya cuba bertanya anda di mana, buat apa dan apa saja klu seperti cuba memastikan siapa pemanggil kerana takut tersilap sebut.Sekiranya anda berhadapan dengan situasi ini, berhati-hatilah kerana kemungkinan besar si dia mempunyai banyak teman wanita dan seorang playboy! Ini adalah kerana dia sering terkeliru sehingga tidak dapat membezakan suara anda dengan suara teman-teman wanitanya yg lain.

14-Sepi tanpa berita bila berjauhan Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda kerana sambung belajar, berkursus, menghadiri seminar atau outstation yang lama di tempat yang lain.Anda mempercayai kesetiaannya tetapi adakalanya berjauhan menyebabkan kekasih berlaku curang. Ini adalah kerana anda tidak dapat melihat gerak-gerinya atau juga si dia bosan tidak berteman. Jika pada awalnya si dia rajin menulis surat, menghantar email atau SMS dan sekurang-kurangnya menelefon anda sekali sehari, kini dia lebih banyak sepi tanpa berita.Si dia menyepikan diri dari anda dan tidak lagi menghubungi anda. Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu.Petanda ini jelas menunjukkan ada sesuatu berlaku ketika anda berjauhan dengannya.Kemungkinan si dia sudah mendapat pengganti anda ketika berada di tempat baru.

15-Ada kesan gincu atau bau minyak wangi pada pakaiannya Anda tentu bengang apabila mendapati ada kesan gincu pada bajunya atau bau pewangi wanita lain pada tubuhnya.Mungkin si dia tidak sedar kesan-kesan ini tetapi relakah anda hanya berdiam diri apabila berhadapan dnegan situasi ini? Si dia mungkin berbohong dengan pelbagai alasan untuk menyelamatkan diri tetapi anda disyorkan supaya menyiasat tingkahlakunya agar tidak diperdayakan.

16-Marah apabila anda bertanya aktivitinya Sebagai seorang kekasih, sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti teman anda sedikit sebanyak. Contohnya sekiranya dia ada mesyuarat, kerja lebih masa atau ingin bermain tenis dengan rakan-rakannya di sebelah petang.Pertanyaan ini bukanlah bererti anda seorang penyibuk dan ingin tahu segala urusannya atau mahu mengongkong pergerakan pasangan,tetapi sekadar mengambil tahu dan mengambil berat.Jika kekasih anda seorang jujur, pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.Tetapi sekiranya pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab, anda pula mempunyai sebab untuk meragui keikhlasannya terhadap anda. Mungkin dia membenci soalan ini kerana tidak mahu anda mengetahui aktivitinya bersama kekasih lain!
  kalau da curang.. baik berterus terang.. dari menyakitkan aty org...hukum karma tu ade ok!! huhu

Tuesday, April 12, 2011

Tanpa Kerelaan

akhirnya.. ini kesudahan hidup aku.. hina sangat ke aku untuk dpat cinta yg akan bahagia tok selamanya.. puas aku merayu.. puas aku menangis... tp dye masih x pedulikan aku... Ya Allah.. dugaan apa yang kau berikan kat aku.. aku bg kasih syg aku ikhlas tuk org yg aku syg.. tp ni aku dapat... kecewa aku kali ni lebih sakit berbanding die yg dulu juga sakit kan aku... dye xpk ke ape aku rasa.. ape terjadi aku kat sini.. sampai mak bapak aku pon risau bila call aku.. mana letak perasaan dye.. mana janji yg dye bg kat aku dulu yg kate akan setia untuk aku.. semua msg dye aku masih simpan.. masih aku tgok hari2.. aku mmg bodoh sebab aku xleh nak kawal perasaan aku kali ni.. mana ngan final exam nye.. dye tglkan aku dgn keadaan cam ni.. aku lemah...dulu masa aku final.. dye selalu bg semangat kat aku.. tp skang.. satu msg pon xde.. satu call pon xde.. aku xpernah rela lepaskan dye... aku masih syg kan dye.. aku da jnji dye cinta terakhir aku.. itu janji aku!!

Sunday, March 20, 2011

Hanya Nyanyian Dalam Sepi

Jangan kau hujani dengan pertanyaan
Kerna pasti akan mengecewakan
Fahamilah pengertianku ini
Setiap insan punya perasaan
Setiap cinta perlukan pengorbanan
Walau sekejam ini yang kulakukan
Sanggup berpisah demi kemanusiaan
Asal kau bahagia oh masa depan
Cintailah dirinya
Kerna dia lebih sempurna
Apalah ada padaku
Hanya nyanyian dalam sepi
Renungilah sejenak bintang nan antara
Belian dengan kaca mana lebih berharga
Pandangilah keatas keluargamu di sana
Turutkanlah kehendak mereka
Kerna ku sendiri menyanyi dalam sepi
Anggaplah diriku sepotong mimpi
Usah kau tangiskan pada perpisahan ini
Pergilah kepadanya Selamat Tinggal









Sunday, March 6, 2011

Napew Mcam Niyh!!

Aku ni x diperlukan kew :"(
aku ni mmg menyusahkan org kew :"(
xde perasaan ape2.. cume sedih yg aku rasa.. walaupon antara kawan2 aku kuat gelak.. tp ati aku sgt sakit... xlayak ke aku nak bahagia..
skang diam jew.. awak x pk sal sy kew :"(
ataw sy je yg setiap masa ingatkan awak...
sy benci diri sy.. sebab terlalu sygkan awak!!
naper macam ni!!!
kalau sy ni x baik tok awak:"( awak terus terang la :"(
sy x mampu nak tahan...
semangat sy ilank :"(

Tuesday, March 1, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang!!

Sayang,, rini awak da genap 22 tahun..
02/03.. tarikh yg bermakna pade sy wak...
saya senang tgok awak skang..
awak da berubah.. awak makin yakin ngan diri wak.. berbeza sgt masa mula2 kite kenal.. skang awak yakin tuk berdepan ngan org ramai.. selamat ulang tahun sayang... semoga awak lebih jadi matang.. terima kasih tuk segala nya..
saya bhgia mengenali awak..
tarikh ni gak kite berdua paterikan cinta kite...
saya harap sangat cinta kite berkekalan smpi akhir hayat sy...
saya x mintak apa2 dari awak sayang.. saya hanya nak suatu hari nty awak "angkat" sy jadi kekasih..pasangan.. yg halal dalam hidup kite...


Sunday, February 27, 2011

27.2.2011

awak... apew awak cube buktikan kat sy ni... saya tol2 x sangka awak sanggup "rempit" dari penang ke selangor.. sebab nak jumpe sy kew... kan kite dingin.. tp awak tetap gak dtg jumpe sy...
Terima Kasih Sayang!!
awak.. awak taw x ape ada dalam aty sy skang ni.. sy dapat kekuatan baru untuk kekal ngan awak... saya nak sgt jadi kekasih halal awak... tersangat2 nak.. saya nak idup ngan dalam susah senang... saya janji sy xkan mengalah..saya sayangkan awak...
awak pon jnji same2 taw.. kite kene bertahan.. bertahan tuk jadi yg halal..
saya suka sangat masa kite spend masa same2 kat shah alam.. dr klang central smpi ke shah alam..
saya bahagia sngt.. walaupon kadang2 awak wat sy sakit aty.. normal la tuh kan syg... tp sy suka sgt2..
rase xnak lepaskan awak balik..
awak nak taw x.. actually masa kite gado sebelum awak balik tuh.. sy sedih nak lepaskan awak balik :"(
tp awak marah sebab sy x naik bas:"(
memang sy saja nak kene tgl ngan bas.. hahaha...awak jangan marah sy taw....
suka sngt masa at tasik tuh.. awak gelak.. awak wat macam2 kerenah :"> awak curi kentang mcD sy:p wekkkk.....
tp sy abes kan air coke:(( sebab tekak asek kering jew...
sonok sangat awak..


tp sy sian kat awak.. bila da alik tuh.. awak ade poblem lak:"( sian kan awak sayang...
awak bersusah2 sebab sy..
sy x patut degil ngan awak kan.. sy mintak maaf papa.. sy hargai pengorbanan awak kat sy..
bila kwn2 sy tye.. tol ke awak rempit dr penang-selangor?? dorang xcaya syg... dorang terkejut n teruja..
thanks awak.. awak wat sy sangat bahagia. sy cayakan awak.... awak.. plizz.. kite pandang ke depan.... same2 untuk jadi kekasih yang halal !!! itu impian sy bersama awak.....

Monday, February 21, 2011

Gembira!!

Ehem-ehem... macam orang salu cakap langit x selalu cerah kan.. tapi arini ain sangat hepi..
sebab saya rasa cinta tersemai sangat2 arini.. ahaks.. gembira bile die layan saye camni... dye hak sy jew..
ati tibe2 rasa rindu sgt.. baru 2 weeks x jumpe ase cam lame jew... da lumrah bercinta kan.. haish.. xpe sabar2... awak.. saya sayang awak taw...
arini dye g blaja memandu...
hihi nnty da ade lesen kete leh la bawak kite jalan2kan awak.. jnji x lupe kan sy taw....
cepat lah datang awak :"( rindu sgt ni.. hahahhahahhahahahaha...

Tuesday, February 15, 2011

Terluka Ke Saya :"(

Saya menangis bila saya x tahu pasal awak..
Saya terasa bila awak x layan sy..
Saya rasa sy diabaikan..
Kenapa awak xleh nak paham pe sy rasa..
Saya nih xcukup baik ke untuk awak..
Maafkan sy..
Saya x perfect..
Saya x mampu nak bg awak ape2..
Tp hati sy cume ade awak..
Cume setia dengan awak..
Cume nak awak..
Apa sy patut buat..
Semangat sy ilank...
Dulu awak salu ade untuk sy ...
Skarang??
Saya lebih bersendiri...
Sedih nye saya :"(


Sunday, February 13, 2011

Awak!!

Saya sayangkan awak..
Saya rindukan awak..
Saya cintakan awak..


Baik-Baik Sayang..

For my lover..

Sy mmg marah awak.. sebab awak mula abaikan sy..
tp saya nak awak taw.. sy rindu awak sangat-sangat..
rindu suara awak.. rindu nak  tgok cam awak.. rindu nak msg ngan awak...
tp lam msa same luka sy awak masih lum ubatkan lagi..
sy tunggu awak =(
harap awak cepat-cepat sedar kesilapan awak...
ape2 pon sy tetap sayang awak sampai akhir nafas sy...

Kenapa Kau Kejam!!

Arini aku sedih tgok kawan aku..walaupon bukan aku ade kat tempat dye.. tp aku dapat rasa ape dye rasa.. bila kekasih mula tinggal kan dye dengan cara penghinaan, makian, paksaan.. sedangkan dye merayu2 n berjuta kali cakap sayang kan dye n akan berubah untuk dye.. habisan dye nak pertahan kan hubungan dye bersama kekasih nya.. tp apakan daya.. kekasih nye terusan menghina, menolak disebabkan gurl len.. kejam nye kau.. aku xleh timer sangat lau aku ade kat tmpat dye. by the way mmg aku ade pengalaman cam tuh.. ape aku dapat nasihat kan kat dye.. just lupakan dye.. bukak hidup baru..selami jiwa sendiri.. sebenarnya bukan kite x layak untuk lelaki mcam tuh.. bahkan dye x layak untuk dapat kasih sayang kite yang ikhlas.. satu hari nnty dye akan dapat balik ape yang kite rasa rini.. give time to urself.. tabah kan hati.. jangan sesali apa yang jadi.. jadikan pengajaran.. n jangan cube buktikan yang kamu leh dapatkan peganti dye lam masa yang singkat.. tuh akan tambah kan lg kekecewaan kite.. so, back to the basic.. jangan ingat kite kehilangan dye.. kite akan hilang seme nye.. bnyk lagi komitmen lain yang perlu kite wat.. bnyk lagi org berharap pada kite..so kite kene tukar kite punye mind... think deeply... memang mula2 susah untuk kite bukak cite baru.. from it la kite need seme org sekeliling kite.. jangan segan tuk share problem with someone.. kite leh spend time ngan kawan2.. maybe masa tuh sikit2 kite leh lupa kan dye.. fokus to our point 1st.. what we want at the future..  tp kan kalau pada aku la... aku mmg sayang kan bf aku.. sangat2 sayang.. if dye bukan lah milik aku 1day.. tp sumpah pon aku xkan lepaskan dye:"(.. melainkan dye da bahagia.. ape2 pon dye yang terakhir.. bukan aku fedup.. bukan aku xleh tme kenyataan.. tp aku xkan time laki lain lg... melainkan parents aku sendri yang tetapkan.. tp ape2 pon aku xnak berpisah ngn dye.. selagi aku boleh pertahan kan.  aku tetap pertahan kan.... itu janji aku!!.. balik lak pada cite kawan aku ni.. bukak hati n bukak minda.. u cantik.. u have gud knowledge.. use it babe.. tke it as ur advantages.. pe2 pon aku doakan semoga kawan aku jadi kuat.. n xkan berpatah balik ke lelaki yang x patut tuk disayangi..  !!

Saturday, February 12, 2011

One Message Only

Awak taw x.. lau sekali sehari je awak anta 1msg kat sy pon kire ok.. sy akan thinks dat you remember me when u are in happy.. but.. hurm.. when i ask my frenz.. lelaki mmg cam tuh eh.. so dye cakap ye.. lelaki lau dye hang out.. dye akan lupa awek.. sob sob.. aku x mintak lebih pon.. bukan sampai nak  fokus aku sorang jew kan.. tp just one message only.. its ok... make me happy... bila aku ego.. dye marah.. ntah la x taw nak cakap cam ne.. tp xpe  la.. mungkin xsalah gak kan lau kite mengalah.... cam adek  aku cakap.. biar kite mengalah dr dye ending cam tuh jew.. tp xsalah gak kan lau dye send msg kat aku :"(

mood:sedih!!

Bila Hati Dye Terbuka..

Yess... Im the winner for 1 year i have waiting for him ( broken lantak p!!)
bday dye 2.3  da dapat greenlight.. huh.. hepi x terhingga..

im so glad about it!! x taw nak kata apa.. sebab aku rasa heppy giler...
masa tuh gak menitis air mata aku bila dgr pengakuan dye...

bertambah syg aku kat dye.. so x sia-sia penantian aku selama ni.. xkesah la org nak kata apa pon..
 tapi aku xda la nak show kat public in yahoo chat room yang aku ni gila dye... just dye je.. n ade lah certain person yang bole dipercayai tuh taw..

by the way.. i da jadi mrs.dub.. doesnt mean la da married kan.. adat la lam room.. yang kapel via ym .. kebanyakan nya terus wat id kapel.. mr & mrs... but before it pon kitorang penah gak gedik2 wat id kapel.. tp lom kapel lgi la.. id.bubu n id.bibi .. so sweet!!

skang aku lebih hargai die.. aku lebih hargai diri aku sejak kapel ngan dye.. dye salu bagi semangat.. n salu kene marah ngan dye.. sebab dye cakap aku degill.. ego x bertempat.. sob3x.. mungkin itu kelemahan aku paling ketara yang die tahu n nampak.. hihi.. tp aku cuba gak betulkan.. walaupon ade gak berlaku..

so after kitorang declare jadi kapel.. kitorang pon decide to face to face lak.. 1st dye kata dye akan dtg kat aku bulan 8 2011.. so long kan.. tp xpe dye cakap dye akan cube tuk jadi awal..
masa tuh aku still x dapat tgok face dye lagi.. mahal gila siot muka dye.. Bajet ar!!
haha.. tapi its not the problemm.. siyes aku syg dye.. tp aku cam bodo jew.. ye la xpenah tgok pon muka dye.. xtahu cam na fizikal dye.. mana la org x kata aku gila.. so aku rilex jew la kan.. aku caya kan dye..

hurmm.. after 1 month.. ade la sedikit hal yang agak kurang baik.. dye wat aku tersentap.. dye tol2 uji keikhlasan aku smpi aku nangis.. tp xpe la kan.. sebab aku sayang dye.. no hal.. aku tetap stay.. tp aku dapat hadiah bermakna sangat dari dye taw.. OMG cam xcaya akhir nye dye show dye punye pic.. dye send mms kat aku... erk %#^$#%#%#.. wa cakap lu la.. dye send pic old skool sgt.. x expect pon dye cam tuh.. mana la x nye lelaki yang aku tgok lam ym.. seme  nye x cam dye.. tp wa suka beb.. ye la org cakap an.. lau da sayang tuh.. kentut pon bau wangi.. haha... aku mmg da lama trima dye.. so ape2 pon dye.. cam ne pon dye.. aku tetap terima dgn seikhlas aty aku....

well.. dr hari ke hari bulan ke bulan.. sampai masa dye bg lagi hadiah kat aku.. dye tros tunjuk picture bergerak ( webcam la) hakhakhak... riang gila aty aku.. yes.. dye x tipu aku.. dye tetap macam lam pic tuh.. wa xtaw nak cakap ape.. tp mmg jambu dowh.. x sia-sia aku tunggu dye... macam org cakap an.. lagi lama lagi untung:)) hah kira cam tuh la.. aku sayang dye gila ah...
bukan sebab rupa... bukan sebab harta.. tp diri die.. so.. tuh jew la untuk cerita tentang dye.. nnty episod lain lak k... stay tune =)

kat sini aku selitkan pic dye mula2 bg aku.. sweet taw...




Friday, February 11, 2011

Arghhh!!

Ko taw x.. Ape aku rasa malam nie.. Aku sunyi.. Aku rindukan kau sangat-sangat.. Aku rasa aku kehilangan sesuatu.. Tapi lam masa sama aku rasa sakit ati.. Sedikit kecewa ngan cara kau.. Aku nak kau pujuk aku.. Tapi xde pon.. Sampai aty sangat...Kau tahu x aku sayang kan kau sangat..  Aku cume setia kat kau.. N aku cuma harap kan kau.. Camne lagi aku nak buktikan aku tol2 sayang kan kau.. Ape2 pon jadi.. Kau yang terakhir.. Aku perlukan kau masa ni.... Aku nak kau.. Takkan tu kau x paham... Aku sayang kan kau
 =(
Sampainya hati mu
Buatku tertunggu-tunggu
Kemana kau sayang
Tidur malam tak menentu
Rindu merindu selama ini
Ku takut kan menjadi kenangan

Aku menangis sayang
Bila kau tiada
Tak sanggup rasanya aku
Berjauhan dari mu
Resah hati ku

Jangan menangis sayang
Ku seperti dulu
Rindu ku hanya padamu
Cinta ku hanya untukmu
Buat selamanya

Kalau padi kata padi
Tidak aku tertampi-tampi
Kalau benci kata benci
Tidak aku nanti terus menanti

Berjanjilah kau sayang
Hanya aku di hati mu
Aku dah berjanji hanya kau di hati

Ieynz O Ieynz


Yang Terindah!!

Hurmm.. macam2 yang bermain kt pala otak aku nih..  xtaw nak arrange kan camne bila da overdos nak taip nih.. tapi yang paling salu bermain kat lam pala ni.. tentang "sidia"... pengeran si jantung hati saya.. ala mamat Ym tuh la.. yang jual mahal sangat2.. sob-sob =( .. TAPI .. akhirnya.. sikit sebanyak saya berjaya takluk hati die.. mungkin sebab aku tunggu dye.. lama seyh aku tunggu dye.. x kesah la org nak kata aku nih angau ke apa kan.. da ati da tertawan... cewahhhhhhhhhhhhhhhhh!!
Dye nih kan... sangat spesel yg datang dalam hidup aku.. berbeza ngan laki lain yg aku pernah jumpe.. dye x terburu-buru.. dye respect ape yang kite nak wat.. ntah.. rasa sayang sangat kat dye.. padahal dye xde wat pe2 pon kat aku.. tol la org kata cinta tu buta.. muhahaha...smpai ade cakap aku nih bercinta ngan orang x wujud.. sebab dye x penah show pic.. seme orang x penah tengok dye.. hurm.. disebabkan masalah dye.. dye jadi low confidence.. aku salu bg nasihat kat dye.. suh berdepan ngan kenyataan.. ye la kan seme orang penah wat silap.. aku sendiri pon penah wat silap.. so tinggal kan kesilapan lama.. mulakan hidup baru.. capai ape kat depan.. ye la nak capai menda yang lepas x leh da kan.. len la kite kawan ngan doraemon.. huhu...
dari hari ke hari... dari Ym ke Phone.. wah ade kemajuan n respon yang baik siot.....
huhuhuhu.. well ... aku masih menanti die... menanti menanti dan menanti.... sampai bila daaa.....



Thursday, February 10, 2011

Moh Ler Kite Diet...


Sarapan pagi:
1.) Telur omelette (dicampur button mushroom, bawang, garam, lada hitam sikit).
2.) 1 sosej ayam direbus / grill.
3.) Air suam - 2 gelas.

Makan Tengahari:
1.) Ikan panggang
2.) Sup sayur
3.) Salad hijau ditambah mayonnaise / olive oil.

Makan Malam:
1.) Ayam grill dengan lada hitam, garam, rempah2.
2.) Salad hijau.

Snack / kalau lapar lagi:
1.) Makan satu mangkuk salad lagi.
2.) ATAU tambah sekeping ayam / ikan.

Tujuan makan banyak salad / sayur hijau tu bagi memudahkan melawaskan makanan untuk mengelakkan sembelit.

Aku Nih Cam Ne Yek!!


aku yang gedixx =p
                             
Aku nih mungkin low-confindent kadang.. ye la bila tgok orang sekililing supervouge aku jadi cam kekok lak... huhu.. tp xpe jadilah diri sendiri..

Aku nih cepat nak sayangkan org.. bila da sayang sangat.. susah nak lepas kan... tapi kalau aku da benci orang tuh.. jangan harap la ade peluang tuk berbaik semula.. tambah-tambah lau dye banyak wat ati aku sakit.

Aku cepat nak menangis.. no wonder la.. my mum cakap dalam sibling aku.. aku yang paling sensitif.. kene marah sikit nak nanes.. huhu.. aty tisu kot... tp bila aku berdepan ngan someone tuh.. aku jenis skew tahan nanes... sedar-sedar je kuar air mata.. then "dye" tye.. nape nanes?? aku lak x ngaku.. lau x nanges nape ade kuar air mata.. sob-sob sedih au...

Aku nih jenis xpandai nak simpan marah lama-lama2.
ye la... merajuk memang merajuk.. tapi senang jew nak lembut....huhu

Ade je kata aku ni ego.. sob-sob.. saya x ego la.. saya just nak tegak kan diri saya.. defend my self la kan... xkan nak bia jew org kata kite salah.. unfair taw!!!
tapi xpe la.. by the way.. dalam satu hubungan nih kene ade sikap toleransi kan. (word more patriotik lak)

That's All!!

Zivilia Band - Aishiteru (With Lyrics).flv


Lagu nie macam best gak.. sesuai tuk kapel yang
jarak
jauh.. bila kite jauh kite kene lebih kan kepercayaa.. jujur dalam
perbuatan dan
percakapan.. n sebenarnya bnyk sgt dugaan masa kapel jarak
jauh... kene same2 memahami... sama2 bagi ruang tuk betulkan kesilapan
diri... tp yang paling best sgt.. time berjumpa/date.. kite akan hargai n
guna kan masa tuh dengan secukup
nye.. masa tuh la nak create kenangan
dengan sidia... cinta memang akan lebih
banyak berputik.. hahaha.....
ape2 pon tuk kekal dalam satu hubungan sabar tuh kene penting!!!!


Lirik Aishiteru (Menunggu) by Zhifilia
Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
Saat ku harus bersabar dan trus bersabar
Menantikan kehadiran dirimu
Entah sampai kapan aku harus menunggu
Sesuatu yang sangat sulit tuk ku jalani
Hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
Kadang ku berpikir cari penggantimu
Saat kau jauh disana..
(start *)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
Entah penantianku takkan sia-sia
Dan berikan satu jawaban pasti
Entah sampai kapan aku harus bertahan
Saat kau jauh disana rasa cemburu
Merasuk kedalam pikiranku melayang
Tak tentu arah tentang dirimu
Apakah sama yang kau rasakan
Walau raga kita terpisah jauh
Namun hati kita selalu dekat
Bila kau rindu pejamkan matamu
Dan rasakan a..a..a.. aku
Kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
Terhapus ruang dan waktu
Percayakan kesetiaan ini
Pada ketulusan a..a..ai..aishiteru
(*stop)
Satu sendiri pikiran melayang terbang
Perasaan resah gelisah
Jalani kenyataan hidup tanpa ghairah
O…wu..wo..o..
Lupakan segala obsesi dan ambisimu
Akhiri semuanya cukup sampai disini
Dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
Kumohon kau kembali

Ym O Ym!!


YM!!!!! Yahoo Messenger.... Sy suka YM.. sebab macam2 kenangan aku kat situ.. kat situ macam2 aku dapat kawan.. maybe bg sesetengah org YM tuh cam laman sosial biasa jew.. tp bg orang yang salu ikot perkembangan YM ni.. mmg akan lalai.. Tapi disebalik kelalaian tu... Ade gak faedah nye.. Cume depend la kat org tuh cana dye arrange kan diri die..
Cam aku ni.. aku salu masuk yahoo chat room.. mmg syok la layan.. kadang2 bila sembang lam tuh.. ase cam tul2 sembang dekat2.. tu lah nama nye perkembangan teknologi yang canggih dr segi komunikasi.. walaupon jao.. tapi rasa dekat ajew.. mana xnye.. leh sembang2 kosong.. leh nyanyi2.. mmg syok la..
ada sampai tuh.. bile da serasi sgt.. n cube nak rapat kan lagi hubungan YM , ade jew yang wat gathering taw..
mmg syok la...
Lau aku ni.. Aku skew juin penang chat room.. First2 aku juin room.. aku masuk room Penang 3.. mula2 asa cam bosan taw.. maklum la.. "newbie" xde sape nak layan :"(
ciri-ciri "newbie":
1. font mmg gedabak wa cakap lu!!! lau bole nak kongker satu room.. yang org lama2 mesty iggy jew newbie baru nak juin:"( .. tp berbeza ngan penang 3 chat room ni.. dorang x kesah.. dorang jenis layan jew...
2. font mmg kaler-maler wa cakap..  dak room pon sound "woi!!paria mana dok ejas dont kaler maler ni!!silau mata aku!!. hurm kalau da kata camtuh.. pendek kata pakat iggy je la lepa tuh... KEJAM!!!
3. perkataan yang biasa guna bg budak2 yang baru nak menjinak kan chat room " hai leh join x".. "korang sembang apa" asl plz" ... mmg kebanyakan nye cam tuh la.. termasuk la AKU!!
so bila da syok sembang2 lam tuh.. memang akan jadi ketagih nye... x tido pon xpe wa cakap..
bole kenal macam2 org..
Satu jew lam YM ni.. kene pandai pilih n kawan org.. ade yang nak $#(% jew.. ade yang ikhlas tok kawan2...
hurm.. by the way.. terlanjur aku main YM ni.. tibe2 terdetik aty aku nih untuk berkenalan ngan lebih dekat ngan satu ID ni.. sama gak cam aku.. dak2 baru nak jinak YM.. 1st, dye tolong aku ejas SUPRA.. SUPRA ni another way cam juin chat room gak la.. Tp kebal skit.. SUPRA ni spesel kit sebab dye khas tuk juin room.. Lau kene boot tuh insyaAllah tahan skit.. Xde la terpelanting..
so pas drpda tuh.. kitorang pon kenal2.. kenal punye kenal.. rupe nye dye sama umo ngan aku.. 22 tahun 89 bukan  88 ok .. (perli)
kitorang jadi cam rapat gak la.. salu juin room sama2.. salu gak Private Message (PM)..  then, dye citer masalah dye kat aku.. aku tergamam gak la.. bagi aku dye sangat sepesel ..
bukan ape kan.. kebanyak kan dak2  ym yang aku kenal dorang akan show pic.. tp dye sgt2 berbeza.. rupanya dye ada masalah.. hal ni yang wat kan aku cuba tok jadi lagi rapat ngan dye.. aku mula kenal dye since tahun 2010 kot.. hurm yup.. aku jadi cam suka kat dye.. lau aku on9 aku mesty tgok id dye nyala ke x..  so.. dye hari2 nyala kot..
mmg best... die berbeza sebab aty dye sgt susa tuk dimiliki.. n dye suka berterus terang.. tuh wat aku lagi gila.. haha.. aku usaha gak... tp die cakap jangan.. aku nih jenis suka cabaran.. lagi org kata xnak.. lagi aku nak.. aku peduli ape kan.. hahaha.. setahun gak tuh aku tunggu dye... smpi ase naik fed up... xpe aku bg dye ruang.. so kami still kwan jew la... huhuhuhu...

Kenapa Aku Nak Berblog!!

  1. Aku bleyh luahkan perasaan aku dalam ni.. Almaklum lah aku ni skew pendam ape aku rasa.. so dr terpendam jewk.. Its better aku luahkan kat laman ni.. Adalah baik nye juga kan..
  2. Aku leh taburkan seme kenangan aku ngan seme orang dalam nie.. maybe pasal family aku, kawan aku, "tettt" aku.. huhuhu..
  3. Aku bleyh luah kan bakat aku yang terpendam selama ni kat dunia blog ni.. Almaklum lah.. Nak show kat tempat len xleh kan.. Show at sini pon ok what.
  4. Aku leh merapu dengan begitu sopan kat sini.. Xde la sapa2 nampak ape aku nak merapukan.. Lau ade pon. Mesty kene dapat permission aku dulu taw...

Tentang Aku

Nama aku Ain Zubaidah Binti Mazlan.. hurm.. baru skang aku nak menaip dalam lama blog ni..
actually.. aku da lama nak berjinak2 dengan dunia blog nih...
 maybe sebab malas nak jadi kreatif.. sebab aku ni lau nak wat seuatu tuh mesti nak perfect.. means contoh nye.. nak wat blog nih.. nak kene cantik2 la.. sebab aku x baper nak pandai nak  create blog.. tuh yg banyak kali delay..
At the last aku dapat gak menjinak kan diri untuk berblog...
maybe aku leh taburkan sme perasaan suka n duka aku dalam ni..
maybe syok sendiri..
tp its better.. at least leh kite luahkan sikit sebanyak perasaan lam ni...
maybe after ni.. i will be blog addicted.. huhu